Wednesday, August 10, 2011

Panduan memilih lens kamera CCTV anda

Jika anda agak cerewet tentang kualiti saiz gambar yang di rakam oleh cctv anda maka, pemilihan lens yang betul hndaklah di titikberatkan. lens kamera CCTV diukur dengan menggunakan unit "mm". Secara asasnya semakin kecil "mm" itu maka semakin besarlah kawasan yang dapat dirakam, semakin besar "mm" maka semakin kecil kawasan yang dapat di rakam.

Lens ada banyak jenis bermula dari yang murah 2.0mm hinggalah kepada yang mahal 50mm. Fungsinya hanya 1 iaitu untuk kualiti dan saiz gambar/video yang dirakam.

Rujuk gambar di bawah sebagai panduan pemilihan lens kamera anda


nampak tak bezanya ? sebagai contoh gambar bawah sekali tu. pada 3.6mm "angle" lebih besar tapi gambar kecil dan kurang jelas, tapi pada 12mm "angle" menjadi lebih kecil dan gambar adalah jelas.

Bergantunglah kepada pilihan anda, yang penting ialah anda tahu apa yang anda beli dan kegunaannya, dan jangan lupa, bajet juga adalah penting


No comments:

Post a Comment