Wednesday, August 10, 2011

Panduan memilih kamera

Lagi satu perkara yang boleh memeningkan kepala ialah pemilihan kamera, Dalam sistem CCTV ada banyak jenis kamera dengan tugas dan fungsi yang berlainan. Entri kali ini akan memberi pendedahan kepada anda bagaimana memilih kamera untuk sistem anda.

Sila ambil perhatian, biasanya kalau sistem yang di pakejkan, kamera akan ambil yang paling low spec dan paling murah. Jadi janganlah anda anggap anda dapat kamera yang bagus dengan harga sistem yang murah.

Ok mari kita mulakan bagaimana untuk memahami berbagai jenis kamera dalam CCTV

1.Kamera DOM

-Pilihan popular dan murah
-lens kecil
-Untuk di tampal pada siling rumah anda
-Lens bertutup, oleh permukaan yang macam kubah hitam tu, jadi arah kemana len dihalakan adalah tidak diketahui
-Infra Merah atau Night vission (Boleh nampak dalam gelap)
-Indoor/outdoor
-Lens terbina dalam

2.Kamera kotak ("box camera")

-untuk dinding atau kawasan menegak
-untuk melihat objek yang jauh
-Bukan infra red / night vision
-Lens boleh ditukar mengikut keperluan (lens kena beli berasingan)
-Outdoor (dengan enclosure) / indoor
-Harga - sederhana ---- mahal


3.kamera infra merah ("infra red/IR")

- dinding/permukaan menegak
-untuk melihat di tempat gelap (hampir 0 lux)
-Lens terbina dalam
-Outdoor/indoor
-Harga sederhana---mahal bergantung kepada berapa banyak led dan ukuran lens

4.Kamera tersembunyi

Namanya sudah menerangkan maksudnya.
-Untuk tujuan pengintipan
-Lens terbina dalam
-indoor
-tiada infra red
-Mungkin dikategorikan sebagai perbuatan mencabuli hak privasi kerana kedudukannya yang tersembunyi disebalik objek biasa atau objek hiasan seperti pinggan hiasan/pasu bunga/smoke detector
-Harga : murah/sederhana/mahal

5.PTZ (Pan Tilt Zoom) - KIRI KANAN ATAS BAWAH ZOOM

-kedudukan lens boleh diubah ke kiri ke kanan atas bawah dan juga boleh di zoomkan sehingga 20 atau 30 kali. bergantung kepada jenis kamera,melalui kawalan jauh
-Dikawal melalui fungsi PTZ dari DVR, jadi dvr anda hendaklah mempunyai fungsi PTZ
-Outdoor/indoor
-Mahal

******* *********

itulah lima jenis kamera yang boleh anda pilih untuk sistem cctv anda yang akan datang. Harap maklumat ini dapat membantu



No comments:

Post a Comment