Friday, August 5, 2011

Apakah kegunaan CCTV

So ? penting sangat ke CCTV ni ? Mungkin kita rasa buat masa ini tak penting kot. Betul sekiranya kalau tak ada apa apa yang berlaku, tapi bila ada apa apa yang berlaku, di situ kita akan nampak apa kegunaannya.

Fikirkan situasi ini, pada malam hari raya, semua orang dah balik kampung, pencuri pergi ke satu taman untuk menjalankan operasi mereka. Katalah dia ternampak dua rumah, rumah A dan rumah B,

rumah A dipasang dengan CCTV dan rumah B tidak dipasang CCTV, anda fikir rumah mana yang si pencuri akan masuk ?

Saya ringkaskan seperti berikut lah tentang kegunaan CCTV ni

1.Memantau dan merakam sebarang aktiviti pada sesuatu kawasan tertentu dari jarak jauh tanpa perlunya kita berada di tempat tersebut

2.Merakam dan menyimpan hasil dari pemantauan ke dalam storan untuk kegunaan di waktu yang diperlukan

3.Sebagai alat untuk membuatkan penjenayah berfikir dua kali sebelum bercadang untuk menceroboh kediaman anda

4.Untuk menguatkan keterangan bukti di mahkamah

Selain daripada itu mungkin ada banyak lagi kegunaan kegunaan lain yang tak dapat saya senaraikan disini.

jadi kalau anda berfikir cctv ini tidak penting, fikirlah semula

No comments:

Post a Comment