Tuesday, August 9, 2011

Apa itu channel

Channel ? apa tu, dalam bahasa melayunya, rangkaian, saluran,bahagian. Dalam istilah CCTV sistem channel menunjukkan berapa banyak DVR anda boleh menerima kamera untuk di pasangkan kepadanya.

Perkara yang amat membezakan antara DVR ialah channel, dan ini adalah sama kepada semua jenis DVR. kalau saya kata DVR dengan 4 channel, ini bermakna dvr saya boleh menerima 4 kamera untuk disambungkan kepadanya.

Biasanya ada 3 jenis channel untuk DVR iaitu, 4 channel,8 channel dan 16 channel.Kita tidak akan jumpa DVR yang ada 5 channel atau DVR dengan 7 channel. gambar dibawah menunjukkan DVR dengan 4,8 dan 16 channel (bahagian belakang sahaja)

DVR dengan 4 channel (boleh terima 4 kamera)



DVR dengan 8 channel (Boleh terima 8 kamera)




DVR dengan 16 channel (boleh terima 16 kamera)



Sekarang ada sudah jelas dengan maksud channel ? harapnya sudah faham. Kita akan sambung lagi dalam posting berikutnya mengenai spesifikasi DVR. Sekarang dah petang, masa untuk pergi beli makanan untuk berbuka puasa

No comments:

Post a Comment