Friday, August 5, 2011

Apa fungsi DVR ?

Okey sebelum kita pergi lebih jauh tentang bagaimana nak pasang CCTV sendiri, kita kena tahu sedikit mendalam tentang DVR (digital video recorder) .

Dalam tahun 80 an dahulu, mungkin kita pernah kenal pemain/perakam video kaset. Alah yang kita selalu sewa tape kat kedai tu, lepas tu kita bawak balik rumah dan tengok kat rumah, ingat tak ?. Itulah VCR (Video cassette recorder). Apa fungsinya ? untuk memain dan merakam video dari TV dan disimpan ke kaset (tape)

samalah dengan DVR untuk merakam dan memain semula video yang dirakam, cuma bezanya VCR menggunkan kaset dan DVR menggunakan cakera keras ("hard disk") itulah perbezaan penting disamping banyak lagi perbezaan perbezaan lain yang tidak berkaitan untuk kita bincangkan

Ok kita lupakan pasal VCR . benda dah 20 - 30 tahun punya teknologi buat apa nak cerita lagi kan.

DVR berfungsi untuk merakam video CCTV kita ke dalam cakera keras (HARD DISK) untuk disimpan atau di mainkan semula. selain daripada itu, dvr juga bertindak sebagai "converter" dari isyarat video kepada isyarat digital supaya kita boleh lihat kamera cctv kita melalui LAN atau internet. Saya akan ajar bagaimana nanti nak tengok kamera kita dari pejabat ke, kampung ke, rumah bini muda ke atau dari mana mana dalam di dunia ini,selagi ada capaian internet

No comments:

Post a Comment