Wednesday, August 24, 2011

Cuti raya

Salam sejahtera semua,

untuk kali ini, saya hentikan dahulu tutorial pemasangan CCTV kita, sebab saya agak sibuk dengan persiapan untuk hari raya. Saya akan sambung semula lagi dua tiga hari. Entri saya yang berikutnya ialah

1.Pasang Hard disk
2.Sambung power kabel dan video kabel kepada DVR dan kamera
3.Hidupkan DVR anda buat kali pertama

Insyaallah akan disambung pada 27/8 nanti ye.

Sekian

Thursday, August 18, 2011

Asas "Network" (rangkaian) komputer dan kaitannya dengan CCTV

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

entri kali ini saya nak sentuh sikit bab network atau dalam bahasa melayunya "rangkaian". Perkataan itu sendiri sudah menerangkan maksudnya.

Network atau network komputer ialah satu praktis dimana sekurang kurangnya dua(2) atau lebih komputer disambungkan bersama dengan tujuan untukberkongsi data atau sumber. Berkongsi data contohnya ialah berkongsi fail,musik atau video. Berkongsi sumber bermaksud berkongsi printer, drive hard disk, atau CD rom drive. Bila berkongsi bermakna dua atau lebih komputer boleh menggunakan data atau sumber yang sama.

"Komputer" bermaksud bukan terhad kepada komputer yang kita guna untuk tujuan menaip microsoft word atau yang untuk main game "angry bird" atau "zuma" sahaja, dan tidak juga terhad kepada laptop atau notebook atau netbook, malah skopnya adalah lebh luas.

DVR adalah sebuah komputer tetapi komputer dengan fungsi khusus iaitu untuk digunakan dalam sistem CCTV. Modem streamyx kita adalah komputer dan fungsinya ialah untuk memberikan akses internet kepada kita.

Apa kaitannya antara "rangkain" ini dengan CCTV ? ada kaitannya. dan ianya adalah sangat berkait rapat. sebagai contoh anda nak tengok CCTV anda di rumah melalui komputer, maka disitulah elemen "network" akan mengambil tempat.

Nak tengok CCTV melalui internet, disitu jugalah elemen "network" akan disebut.

Kita akan sambung lagi selepas ini ye

Sediakan tools yang secukupnya




Salam sejahtera kepada semua pembaca,

Entri kali ini saya akan terangkan apa peralatan-peralatan atau tools yang anda perlukan, ringkas sahaja. Peralatan peralatan wajib adalah

1.Drill - Untuk menebuk lubang pada dinding siling anda. Kalau dinding kayu tidak perlu drill memadai dengan skru sahaja. Tak perlu drill yang mahal macam orang nak buat jambatan. cukup sekadar drill cap ayam yang dapat hadiah masa beli minyak syntium petronas tu. Saya pernah dapat drill tu, sampai sekarang masih elok
2.drill bit yang bersesuaian
3.Skru bunga atau lebih pendek
4.Skru drebar ("driver") bunga
5.Tukul kecil
6.Wall plug
7.Gergaji rantai - oppsss.. sori.. anda tak perlukan gergaji rantai atau "chain saw"

Peralatan optional
7.Wire casing
8.Paku simen atau paku dinding
9.Kelip wayar ("wire clip")

Lain lain
10.Air oren tropicana 2 botol besar - mesti dahaga masa buat kerja. jadi boleh minum :)

Kenapa ada peralatan optional ? kerana ianya bergantung bagaimana anda nak susun dan kemaskan wayar-wayar yang bersepah. Kalau nak nampak lebih kemas boleh gunakan wayar casing yang dipaku ke dinding dengan paku simen dan masukkan wayar tu dalam wayar casing. Kalau nak lebih ringkas boleh gunakan kelip wayar ("wire clip") tapi kurang cantik lah.

dibawah ni ada gambar-gambar berkaitan tools yang digunakan.

Drill,skru,skru drebar,tukul,wire casing dan paku semen, semua peralatan peralatan ini aalah sangat murah dan boleh dibeli di kedai kedai hardware berhampiran rumah anda. Selamat mencuba.



Saya akan sambung lagi posting bagaimana hendak sambungkan dua kabel (power dan video) dari kamera ke DVR anda


bajet ciput nak pasang satu kamera saja, boleh ke

Entri kali ini nak cerita sikit pasal bajet, saya tahu, nak pasang sistem CCTV di rumah bukanlah macam nak beli tilam atau nak beli beras. Boleh beli bila bila masa. kadang kadang kita kena fikir juga pasal bajet betul tak ?

Ok lah, apa kata kita buat bajet untuk beli yang wajib wajib je, Kita nak pasang sebiji kamera saja , boleh ke ?

jawapannya boleh..anda boleh pasang hanya satu kamera sahaja, dan sepatutnya memang kita hanya perlu beli mengikut keperluan, sebagai contoh, rumah kita hanya perlu satu unit kamera sahaja, kenapa kita perlu beli lebih dari 1 betul tak,

Cuma anda perlu beli DVR dengan 4 channel, tidak ada DVR yang dijual dengan satu channel :). Kos sudah tentu murah kan ?

Anda boleh rujuk entri saya di http://www.pasangcctvsendiri.com/2011/08/panduan-membeli-cctv-keperluan-dan-kos.html

kalau nak tau anggaran kos

nanti kita sambung lagi pengajian kita

Monday, August 15, 2011

Pantau CCTV melalui internet dan blackberry



Anda ada streamyx ? saya tahu tentu ramai dari anda yang ada akaun streamyx, tahukah anda dengan adanya streamyx, banyak perkara yang boleh kita buat selain dari untuk kegunaan akses internet sahaja.

Salah satu dari banyak kemudahan yang boleh anda gunaka ialah, anda boleh memantau CCTV yang anda pasang dari mana-mana tempat di dunia ini asalkan anda ada akses kepada internet. Selain dari itu, dengan kemudahan streamyx anda juga boleh gunakan telefon pintar anda yang menggunakan pemprosesan "symbian","windows mobile","iphone" atau "blackberry".

Sungguh mudah kan ? on the move sambil memantau cctv di rumah kita. Dalam blog ini, saya akan bagi contoh bagaimana cctv boleh dipantau melalui komputer saya di pejabat dan juga melalui blackberry saya.

Saya tak dapat nak tunjukkan cara guna kat iphone sebab saya tak ada iphone. Walau bagaimana pun caranya adalah sama.

Saya sertakan gambar-gambarnya, iaitu CCTV di rumah saya , saya pantau dari tempat kerja dan juga saya pantau CCTV di rumah saya melalui blackberry saya.

(1). Melalui komputer di mana mana jua asalkan ada internet



(2) melalui blackberry saya



Senang kan ?

Pasang DVR dan Kamera anda

Salam sejahtera kepada semua pembaca,

Ok mari kita sambung lagi tutorial kita tentang pemasangan cctv sendiri. Saya andaikan anda sudah ada 7 item yang saya senaraikan dalam entri saya sebelum ini iaitu

http://www.pasangcctvsendiri.com/search/label/Step%20by%20step .

kalau dah ada mari kita teruskan, mulakan dengan menentukan dimana anda hendak letakkan dvr anda dan dvr mestilah berada berdekatan dengan monitor VGA anda ye. Pastikan anda mempunyai punca elektrik yang mencukupi iaitu enam punca - 4 kamera 1 DVR dan satu VGA

selepas tu pasangkan kamera anda di tempat yang telah anda kenal pasti. Biasanya pasanglah cctv di tempat terbuka dan laluan keluar masuk seperti pintu, tingkap, exit di syiling atau bumbung, anda juga boleh pasang di ruang tamu, laluan antara ruang tamu dan dapur, tangga dan dapur.

Untuk luar rumah pula bolehlah dipasang di bahagian temmpat letak kereta atau bahagian belakang.

JANGAN !! pasang cctv di tempat tempat yang memerlukan privasi samada untuk anda atau keluarga anda , ini bermakna anda dilarang memasang di

1.Kamar tidur suami isteri
2.Kamar tidur anak anak anda
3.kamar tidur orang gaji anda

Ini adalah melanggar etika dan hak privasi. Anda juga dilarang sama sekali memasang CCTV di bilik mandi. Tak perlu saya terangkan kenapa . Anda tahu jawapanya.



Saturday, August 13, 2011

Boleh tak kamera pasang kat rumah tapi tengok kat pejabat ?

Saya mendapat email dari seorang pembaca melalui akaun facebook saya, dia tanya "boleh kah saya monitor aktiviti di rumah saya melalui internet ?"

Saya jawab "boleh !! "

Baiklah, menjawab pertanyaan tersebut, memang sebenarnya boleh dan saya aka tunjuk ajar sedikit masa lagi. Bukanlah sekarang, sebab sebelum sampai kesitu, banyak lagi konfigurasi yang perlu di buat untuk kita meng "live" kan cctv kita ini.

Kena ada sedikit pengetahuan pasal asas rangkaian ("Network") atau LAN

Jadi sabar ye, insyaallah akan sampai ke tahap itu.

Ok sekarang masa untuk "ngete" bersama kawan kawan.

Daaaaa...

Friday, August 12, 2011

"Offer" !! apa yang di offer sebenarnya

Entri kali ini saya nak kongsikan dengan anda mengenai "offer" yang diberikan kepada kita apabila kita bercadang nak memasang CCTV, percayalah akan ada banyak "offer" yang kadang kadang boleh membuatkan kita jadi keliru, mana satu nak pilih.

Apa yang di "offer" sebenarnya ?

ia, bergantung, kadang kadang offer DVR+KAMERA 4 UNIT sahaja
kadang kadang DVR+KAMERA+HARD DISK
kadang kadang DVR + KAMERA 2 UNIT sahaja



Banyak jenis "offer" dengan tujuan untuk kelihatan harga itu menarik dann rendah. Sebenarnya harga yang ditawarkan untuk sistem CCTV yang lengkap ialah lebih kurang RM1000 hingga rm1500 untuk 4 buah kamera.

Sila rujuk entri saya

http://www.pasangcctvsendiri.com/2011/08/panduan-membeli-cctv-keperluan-dan-kos.html

unutuk panduan.

Sila rujuka juga contoh contoh offer yang pernah saya jumpa









So gunakanlah kebijaksanaan anda untuk membuat pilihan


Thursday, August 11, 2011

Punca elektrik ! berapa diperlukan ?

Assalamualakum dan salam sejahtera,

Asyik kita berbincang pasal DVR,KAMERA dsb hampir lupa nak bagitahu berapa banyak punca elektrik yang diperlukan. Punca elektrik disini yang dimaksudkan ialah plug 3

Dalam sistem CCTV sebenarnya berapa punca elektrik yang diperlukan adalah sekurang - kurangnya enam punca iaitu 4 untuk kamera,1 untuk DVR dan 1 untuk skrin VGA atau skrin TV.

Jadi sila sediakan punca elektrik dahulu sebelum membuat pemasangan barulah senang kerja anda.

Untuk kemara pula, anda boleh memasangnya berhampiran berhampiran dengan kamera atau boleh memasang kesemuanya di satu tempat tetapi anda memerlukan satu wayar elektrin yang panjang untuk dipasang pada kamera anda. Saya nasihatkan anda memasang kesemua plug dalam satu tempat contohnya enam sekaligus dan gunakan wayar yang panjang untuk disambungkan ke kamera anda.

Antara kebaikan ialah, wayar untuk power kamera hanyalah 12v berbanding dengan wayar elektrik 3 core (240V) yang lebih mahal dan lebih tebal berbanding 12v 2 core yang disambung dari power adapter.

harap maklumat ini dapat membantu anda.

Langkah langkah pemasangan CCTV anda

Salam sejahtera semua,

Ok saya andaikan anda semua sudah faham pengetahuan asas CCTV bermula dari pemilihan DVR, kamera, Hard disk , kabel dan sebagainya.

sila pastikan perkara2 berikut ada bersama anda.

1. DVR beserta power adapter
2.Kamera beserta power adapter
3.Extension kabel untuk kamera (optional)
4.BNC kabel video (bergantung kepada berapa panjang jarak antara DVR dan lokasi kemera)
5.Hard disk
6.Unit paparan (VGA atau TV)
7.Peralatan asas pertukangan (Drill,wall plug,skru,skru driver dan peralatan berkaitan)

**** ***** *****

8.Rangkaian (LAN) - optional hanya perlu sekiranya nak tengok cctv guna rangkaian
9.Streamyx - optional hanya perlu sekiranya nak tengok cctv melalui internet
Streamyx modem router mesti menyokong service DYNDNS.
*saya akan ceritakan mengenai service DYNDNS apabila semua pemasangan CCTV anda selesai
** item 8 dan 9 adalah optional ianya tidak wajib

pasang kamera kamera anda di tempat yang sudah ditentukan , sambungkan kepada DVR serta hidupkan power. Akhir sekali anda akan dapat hasilnya seperti dalam gambarajah di bawah.'




mungkin untuk permulaan anda boleh lupakan dulu mengenai "Router/Remote pc/TV" saya akan ceritakan selanjutnya selepas ini

Wednesday, August 10, 2011

Panduan memilih lens kamera CCTV anda

Jika anda agak cerewet tentang kualiti saiz gambar yang di rakam oleh cctv anda maka, pemilihan lens yang betul hndaklah di titikberatkan. lens kamera CCTV diukur dengan menggunakan unit "mm". Secara asasnya semakin kecil "mm" itu maka semakin besarlah kawasan yang dapat dirakam, semakin besar "mm" maka semakin kecil kawasan yang dapat di rakam.

Lens ada banyak jenis bermula dari yang murah 2.0mm hinggalah kepada yang mahal 50mm. Fungsinya hanya 1 iaitu untuk kualiti dan saiz gambar/video yang dirakam.

Rujuk gambar di bawah sebagai panduan pemilihan lens kamera anda


nampak tak bezanya ? sebagai contoh gambar bawah sekali tu. pada 3.6mm "angle" lebih besar tapi gambar kecil dan kurang jelas, tapi pada 12mm "angle" menjadi lebih kecil dan gambar adalah jelas.

Bergantunglah kepada pilihan anda, yang penting ialah anda tahu apa yang anda beli dan kegunaannya, dan jangan lupa, bajet juga adalah penting


Panduan memilih kamera

Lagi satu perkara yang boleh memeningkan kepala ialah pemilihan kamera, Dalam sistem CCTV ada banyak jenis kamera dengan tugas dan fungsi yang berlainan. Entri kali ini akan memberi pendedahan kepada anda bagaimana memilih kamera untuk sistem anda.

Sila ambil perhatian, biasanya kalau sistem yang di pakejkan, kamera akan ambil yang paling low spec dan paling murah. Jadi janganlah anda anggap anda dapat kamera yang bagus dengan harga sistem yang murah.

Ok mari kita mulakan bagaimana untuk memahami berbagai jenis kamera dalam CCTV

1.Kamera DOM

-Pilihan popular dan murah
-lens kecil
-Untuk di tampal pada siling rumah anda
-Lens bertutup, oleh permukaan yang macam kubah hitam tu, jadi arah kemana len dihalakan adalah tidak diketahui
-Infra Merah atau Night vission (Boleh nampak dalam gelap)
-Indoor/outdoor
-Lens terbina dalam

2.Kamera kotak ("box camera")

-untuk dinding atau kawasan menegak
-untuk melihat objek yang jauh
-Bukan infra red / night vision
-Lens boleh ditukar mengikut keperluan (lens kena beli berasingan)
-Outdoor (dengan enclosure) / indoor
-Harga - sederhana ---- mahal


3.kamera infra merah ("infra red/IR")

- dinding/permukaan menegak
-untuk melihat di tempat gelap (hampir 0 lux)
-Lens terbina dalam
-Outdoor/indoor
-Harga sederhana---mahal bergantung kepada berapa banyak led dan ukuran lens

4.Kamera tersembunyi

Namanya sudah menerangkan maksudnya.
-Untuk tujuan pengintipan
-Lens terbina dalam
-indoor
-tiada infra red
-Mungkin dikategorikan sebagai perbuatan mencabuli hak privasi kerana kedudukannya yang tersembunyi disebalik objek biasa atau objek hiasan seperti pinggan hiasan/pasu bunga/smoke detector
-Harga : murah/sederhana/mahal

5.PTZ (Pan Tilt Zoom) - KIRI KANAN ATAS BAWAH ZOOM

-kedudukan lens boleh diubah ke kiri ke kanan atas bawah dan juga boleh di zoomkan sehingga 20 atau 30 kali. bergantung kepada jenis kamera,melalui kawalan jauh
-Dikawal melalui fungsi PTZ dari DVR, jadi dvr anda hendaklah mempunyai fungsi PTZ
-Outdoor/indoor
-Mahal

******* *********

itulah lima jenis kamera yang boleh anda pilih untuk sistem cctv anda yang akan datang. Harap maklumat ini dapat membantu



Contoh pakej yang ditawarkan
























Ini adalah contoh pakej CCTV yang sepatutnya diterima oleh anda semua, ianya mesti merangkumi
1.Kamera sekurang-kurangnya 4.

2.Power adapter untuk setiap kamera

3.kabel BNC untuk setiap kamera

4.Mouse

5.manual dan CD

6.Hard disk

7. Power adapter untuk DVR.

8.remote control

Sekiranya item item ini tiada bermakna itu bukanlah pakej CCTV sebaliknya pakej "keliru"

Jadi sebelum anda membuat keputusan membeli CCTV pastikanlah item item yang tersebut diatas ada dalam senarai,

oh ye sebelum terlupa, VGA skrin atau Televisyen tidak pernah disertakan dalam pakej CCTV ye, jangan anda tanya pulak nanti

Panduan membeli CCTV -keperluan dan kos

Salam sejahtera semua,

Entri kali ini akan memberikan panduan kepada anda tentang bagaimana untuk membeli CCTV untuk rumah / premis anda. Janganlah keliru dengan offer yang "murah" dan pakej pakej menarik yang ditawarkan kepada anda.

Entri saya akan menggariskan dua perkara yang perlu anda ambil kira sebelum membuat pilihan.

1.Spesifikasi sistem CCTV itu sendiri,
untuk pemasangan CCTV di rumah/premis anda, perkara yang saya senaraikan adalah mencukupi
a) 1 unit DVR dengan 4 channel/1 bnc output/1 vga output/1 network port/
b) 500Gb Hard disk
c) 4 buah kamera samada tak kiralah indoor atau outdoor kerana kamera adalah murah
d) Sistem boleh di lihat melalui web browser dan internet melalui streamyx anda

Anda tidak perlukan lain lain fungsi seperti motion detection/gsm alert/atau fungsi PTZ, tapi biasanya sistem yang paling murah sekali pun sudah disediakan fungsi PTZ ini.

2.Kos
Sebenarnya kos adalah perkara pertama yang anda perlu fikirkan, jangan keliru dengan "offer" murah, sebab dalam offer biasanya item yang ditawarkan adalah tidak cukup dan anda dengan tidak disangka-sangka terpaksa menambah duit lagi. Saya pernah terjumpa satu offer semurah RM699, apabila ditanya, itu tak ada, ini tak ada dan bila tambah semua semua termasuk installation, jadilah jumla keseluruhan RM2000++.Entri ini dibuat supaya anda boleh bersedia dengan bajet yang berpatutan.

Ok sebagai panduan. CCTV perlu ada komponen komponen ini untuk ianya berfungsi. Sila pastikan komponen ini termasuk dalam pakej atau dalam senarai anda

a) DVR - bergantung kepada keperluan dan berapa banyak kamera, 4 kamera beli 4 channel, kalau 5 atau lebih kamera tetapi kurang dari 9 kamera gunakan dvr 8 channel, lebih dari 8 kamera gunakan dvr dengan 16 channel, dan maksimum satu dvr ialah 16 channel
(ANGGARAN KOS RM500) untuk 4 channel

b)Kamera - bergantung kepada jenisnya, lagi mahal sudahh tentu lagi bagus. Biasanya kamera akan di pakejkan sekali dengan DVR
(Anggaran KOS RM400) untuk 4 kamera

c)Hard disk - Dengan kapasiti 500Gb
(Anggaran KOS RM160)

d)BNC kabel siap dengan kepalanya sekali andaian keperluan adalah 40meter, iaitu 10 meter setiap satu kamera @ rm2.00 setiap meter
(Anggaran KOS RM80)

e)Power adapter untuk kamera @rm20 setiap kamera
(Anggaran KOS RM80)
*biasanya power adapter diberikan sekali dengan kamera, sila tanya penjual anda

f)Optional power extension @rm1 atau rm1.50 per kamera - Power extension ni bertujuan untuk memanjang kan elektrik dari power adapter ke kamera anda sebab power adapter tu kabelnya pendek saja, kalau tak beli pun tak kisah tapi anda perlu buat extension elektrik berhampiran kamera
(Anggaran KOS rm40)

Semua ini adalah anggaran sahaja, mungkin berbeza beza. semuanya adalah
(a)+(b)+(c)+(d)=RM1,140.00

Jadi sekiranya anda bercadang untuk membeli CCTV bersedialah dengan bajet ini.Mungkin terlebih mungkin terkurang . dengan andaian anda tidak memerlukan item (e) dan (f)

Ini adalah tidak termasuk pemasangan dengan anggaran RM250 -->RM300 setiap kamera
dan juga configure streamyx untuk capaian melalui internet. Setengah installer akan kenakan caj / setengahnya tidak kenakan caj bergantung @rm200

anggaran kos : pemasangan RM1000.00 setiap kamera
anggaran kos : congigure streamyx RM200.00
keseluruhan kos pemasngan ialah RM1,2000

* SILA AMBIL PERHATIAN, SEMUA KOS DIATAS ADALAH ANGGARAN SAHAJA,BERDASARKAN PEMERHATIAN KE KEDAI KEDAI CCTV

Baca seterusnya dalam entri entri yang akan datang bagaimana anda tidak perlu membayar kos pemasanan diatas kerana anda dah boleh buat sendiri. Saya akan sambung lagi selepas ini, sekarang dah petang , nak pegi bazar ramadhan beli kuih karipap

Tuesday, August 9, 2011

Spesifikasi DVR

Salam sejahtera semua, mari kita sambung lagi mengenai DVR. DVR adalah komponen yang paling penting sekali dalam sistem CCTV, saya pernah beritahu sebelum ini kan.

Ok, bila bercakap pasal DVR tentu banyak spesifikasi dan pilihan yang di persembahkan kepada kita. Kita kena bijak dalam membuat pilihan. Beli ikut spesifikasi apa yang kita perlukan sahaja. Jangan beli yang mahal kerana kadang kadang kita beli yang tidak perlu

untuk itu kita kena tahu serba sedikit mengenai spesifikasi DVR ini. Baiklah, sekiranya anda pergi ke kedai yang menjual cctv, sudah tentu banyak promosi atau risalah risalah yang anda terima kan. offer sana, offer sini. Potongan harga sana , potongan harga sini.

Ok ini adalah contoh spesifikasi DVR yang ada di jual di pasaran, ianya mungkin berbeza mengikut jenama dan keupayaan.

DVR SPECIFICATIONS
  • Operating system: Embedded Linux
  • Main function: Live display, Recording, Playback, Remote access
  • Video display: Single camera or Quadrant split screen
  • Recording mode: Continuous / Motion detection
  • Overwrite mode: Cycle / Stop on full
  • Playback: Single channel / 4 channel simultaneous
  • Hard Drive support : up to 2tb
  • Video systems: PAL/NTSC (Auto)
  • Security camera BNC inputs: 4
  • TV display BNC outputs: 2
  • Audio sensor AV input: 1
  • Speaker output AV: 1
  • RJ-45 network adapter: 1
  • USB 2.0 ports: 2 (mouse, keyboard, flash drive, external HDD)
  • RS485 port: 1 (PTZ control)
  • VGA port: 1 (PC monitor)
  • Video recording standard: H.264, true MPEG-4 compression
  • Video size (depending on quality selected): 25MB - 450MB /hour
  • Frames per second: 100 (total for 4 cameras)
  • Motion detection support: YES
  • Network function support: YES
  • PTZ function support: YES
  • Mobile phone browsing support: YES
Mari kita bincangkan beberapa perkara, kita bincang yang perlu sahaja ye,

Operating system: Embedded Linux
- ini bermakna, sistem ini menggunakan LINUX sebagai sistem pengoperasian. Jangan tanya apa apa pada penjual tu, sebab cctv memang menggunakan operating system linux

Main function: Live display, Recording, Playback, Remote access
Live display - untuk vide kamera, Recording - untuk record,playback,remote access, maknanya sistem cctv ini boleh di view melalui internet atau melalui rangkaian network

Recording mode: Continuous / Motion detection
- Cara merekod samada berterusan atau bila ada pergerakan subjek (Motion detection)

Overwrite mode: Cycle / Stop on full
- Bila ruangan storage(hd) sudah penuh samada kita akan overite data data yang paling awal atau kita boleh hentikan rakaman ("recording")

Playback: Single channel / 4 channel simultaneous
-Boleh main balik video samada ikut satu satu kamera atau ke empat empat kamera sekaligus

Hard Drive support : up to 2tb
- kemampuan Hard Disk boleh support sehingga 2 tb , ada hard disk yang lebih murah iaitu 500gb

Video systems: PAL/NTSC (Auto)
- Sistem video boleh menyokong (PAL (Phase alternate Line 352*288 imej frame) atau NTSC (National Television System Committee 348 * 29.97 image frame

Security camera BNC inputs: 4
-DVR ini ada 4 channel maknanya boleh guna untuk 4 kamera

TV display BNC outputs: 2
-video boleh di mainkan ke 2 tv

Audio sensor AV input: 1
- Boleh gunakan external Microphone untuk rakaman suara

Speaker output AV: 1
-Boleh sambung speaker untuk keluarkan audio
* Audio sensor dan speaker ini jarang digunakan dalam sistem cctv

RJ-45 network adapter: 1
-Boleh sambung ke rangkaian(network) , ini boleh guna untuk view cctv kat internet

USB 2.0 ports: 2 (mouse, keyboard, flash drive, external HDD)
-DVR ini ada dua USB port (untuk mouse,keyboard,USB HDD untuk backup)

RS485 port: 1 (PTZ control)
-port ini digunakan untuk mengawal kamera yang ada PTZ (Pan Tilt Zoom)

VGA port: 1 (PC monitor)
-Boleh output ke VGA monitor

Video recording standard: H.264, true MPEG-4 compression
-Video di kompress sebelum di tulis ke HD

Video size (depending on quality selected): 25MB - 450MB /hour
-Saiz video yang di simpan ke dalam HD

Frames per second: 100 (total for 4 cameras)
-Dalam satu saat berapa frame DVR ini boleh merakam

Motion detection support: YES
-Kebolehan DVR untuk membuat rakaman sekiranya ada pergerakan subjek.Fungsi ini tak perlu sekiranya anda memilih rakaman secara berterusan

Network function support: YES
-boleh gunakan internet atau rangkaian untuk sistem CCTV ini

PTZ function support: YES
-DVR ini boleh menyokong fungsi PTZ dengan syarat kamera anda adalah kamera PTZ

Mobile phone browsing support: YES
-DVR ini boleh menyokong applikasi untuk di lihat melalui smartphone,blackberry

ini adalah antara spesifikasi spesifakasi biasa dalam DVR yang dijual di pasaran sekarang,ada banyak lagi seperti fungsi alarm triggering, atau GSM notifikasi tetapi untuk orang orang seperti kita cukup dengan yang basic ini sahaja.

Harap maklumat ini dapat membantu anda membuat pilihan yang bijak




Apa itu channel

Channel ? apa tu, dalam bahasa melayunya, rangkaian, saluran,bahagian. Dalam istilah CCTV sistem channel menunjukkan berapa banyak DVR anda boleh menerima kamera untuk di pasangkan kepadanya.

Perkara yang amat membezakan antara DVR ialah channel, dan ini adalah sama kepada semua jenis DVR. kalau saya kata DVR dengan 4 channel, ini bermakna dvr saya boleh menerima 4 kamera untuk disambungkan kepadanya.

Biasanya ada 3 jenis channel untuk DVR iaitu, 4 channel,8 channel dan 16 channel.Kita tidak akan jumpa DVR yang ada 5 channel atau DVR dengan 7 channel. gambar dibawah menunjukkan DVR dengan 4,8 dan 16 channel (bahagian belakang sahaja)

DVR dengan 4 channel (boleh terima 4 kamera)



DVR dengan 8 channel (Boleh terima 8 kamera)




DVR dengan 16 channel (boleh terima 16 kamera)



Sekarang ada sudah jelas dengan maksud channel ? harapnya sudah faham. Kita akan sambung lagi dalam posting berikutnya mengenai spesifikasi DVR. Sekarang dah petang, masa untuk pergi beli makanan untuk berbuka puasa

Bahagian bahagian berkaitan DVR

Ok seperti mana yang saya janjjikan, saya akan ceritakan satu persatu mengenai bahagian bahagian yang ada dalam DVR. DVR ialah perkara yang paling penting dalam satu sistem CCTV selain dari unit kamera.

ok mari kita mulakan dari bahagian panel hadapan. gambar dibawah:



Pandangan dari belakang adalah seperti berikut



Dan pandangan bahagian dalam adalah seperti berikut. Hanya ada dua komponen iaitu Papan litar dan unit HARD DISK sebagai storage









Saturday, August 6, 2011

Contoh DVR

Bagaimana rupa DVR ? sila lihat gambar dibawah
(PANDANGAN DVBR DARI HADAPAN)



Pandangan dari belakang pula adalah seperti berikut


Pandangan dibahagian dalam seperti berikut



Lebih kurang sama maca DVD layer juga kan, yang bezanya dia tak ada drive bay, atau cd drive yang anda boleh masukkan DVD :) .

Saya akan terangkan satu persatu mengenai fungsi setiap butang atau connector yang kat belakang tu dalam posting saya yang berikutnya

Sekarang dah masuk waktu berbuka puasa, saya nak buka puasa dulu

Selamat berbuka semua

Friday, August 5, 2011

Apa fungsi DVR ?

Okey sebelum kita pergi lebih jauh tentang bagaimana nak pasang CCTV sendiri, kita kena tahu sedikit mendalam tentang DVR (digital video recorder) .

Dalam tahun 80 an dahulu, mungkin kita pernah kenal pemain/perakam video kaset. Alah yang kita selalu sewa tape kat kedai tu, lepas tu kita bawak balik rumah dan tengok kat rumah, ingat tak ?. Itulah VCR (Video cassette recorder). Apa fungsinya ? untuk memain dan merakam video dari TV dan disimpan ke kaset (tape)

samalah dengan DVR untuk merakam dan memain semula video yang dirakam, cuma bezanya VCR menggunkan kaset dan DVR menggunakan cakera keras ("hard disk") itulah perbezaan penting disamping banyak lagi perbezaan perbezaan lain yang tidak berkaitan untuk kita bincangkan

Ok kita lupakan pasal VCR . benda dah 20 - 30 tahun punya teknologi buat apa nak cerita lagi kan.

DVR berfungsi untuk merakam video CCTV kita ke dalam cakera keras (HARD DISK) untuk disimpan atau di mainkan semula. selain daripada itu, dvr juga bertindak sebagai "converter" dari isyarat video kepada isyarat digital supaya kita boleh lihat kamera cctv kita melalui LAN atau internet. Saya akan ajar bagaimana nanti nak tengok kamera kita dari pejabat ke, kampung ke, rumah bini muda ke atau dari mana mana dalam di dunia ini,selagi ada capaian internet

Jenayah semakin menjadi jadi

Malang tidak berbau, kita tidak selalunya bernasib baik. kadang kadang kita tidak tahu apa yang akan berlaku di rumah kita semasa kita bekerja. rumah kita kosong tidak berpenghuni,

Apakah langkah langkah pencegah awal yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan keadaan yang tidak di ingini berlaku ?

Disamping kita mengunci pintu dan tingkap, mungkin adalah baik juga kita memasang CCTV di kediaman/premis kita. Memang benar, pasanglah sistem secanggih mana sekali pun tapi kalau pencuri na curi barang kita, dia akan curi juga dan kalau pasang CCTV pun bukan dapat semula barang yang dicuri tu.

Tapi sekurang kurangnya, kita sudah ambil langkah berjaga jaga dengan memasang CCTV sebagai salah satu sostem keselamatan di rumah/premis kita. Berbeza dari kita tak pasang langsung kan ?

Perlukah pasang CCTV dirumah atau premis kita ?

Sebelum kita bercadang untuk memasang CCTV di rumah kita, maka perlulah kita tanya diri kita dulu, adakah ianya perlu atau sekadar ikut ikut orang saja. Anda perlu pasang CCTV sekiranya

1.Anda suami isteri bekerja dan tiada orang yang tinggal dirumah
2.Anda perlu pengawasan sekiranya anda bekerja dan ada orang lain dirumah (maid la tu)
3.Anda perlu tahu mengenai aktivi aktiviti yang berlaku di rumah/premis anda
4.Anda berada jauh seperti di pejabat atau out station dan perlu tahu mengenai aktiviti di rumah/premis anda
5.Premis/rumah anda selalu kehilangan wang/hartabenda dan anda tidak tahu siapa punya angkara

jadi sekiranya anda tergolong dalam salah satu dari 5 perkara diatas maka kesimpulannya ialah anda perlu memasang CCTV di kediaman premis anda.

Apakah kegunaan CCTV

So ? penting sangat ke CCTV ni ? Mungkin kita rasa buat masa ini tak penting kot. Betul sekiranya kalau tak ada apa apa yang berlaku, tapi bila ada apa apa yang berlaku, di situ kita akan nampak apa kegunaannya.

Fikirkan situasi ini, pada malam hari raya, semua orang dah balik kampung, pencuri pergi ke satu taman untuk menjalankan operasi mereka. Katalah dia ternampak dua rumah, rumah A dan rumah B,

rumah A dipasang dengan CCTV dan rumah B tidak dipasang CCTV, anda fikir rumah mana yang si pencuri akan masuk ?

Saya ringkaskan seperti berikut lah tentang kegunaan CCTV ni

1.Memantau dan merakam sebarang aktiviti pada sesuatu kawasan tertentu dari jarak jauh tanpa perlunya kita berada di tempat tersebut

2.Merakam dan menyimpan hasil dari pemantauan ke dalam storan untuk kegunaan di waktu yang diperlukan

3.Sebagai alat untuk membuatkan penjenayah berfikir dua kali sebelum bercadang untuk menceroboh kediaman anda

4.Untuk menguatkan keterangan bukti di mahkamah

Selain daripada itu mungkin ada banyak lagi kegunaan kegunaan lain yang tak dapat saya senaraikan disini.

jadi kalau anda berfikir cctv ini tidak penting, fikirlah semula

Thursday, August 4, 2011

Komponen asas CCTV

Mungkin korang ingat CCTV benda yang canggih sangat la. Hi tech sangat, harga mahal, nak pasang payah,Expert aje yang boleh pasang . orang orang kebanyakan macam kita ni tak boleh pasang.

Sebenarnya sangkaan tu merosot sama sekali dan semua itu tidak betul. Sebenarnya CCTV mempunya hanya 3 komponen asas. ini bermakna dengan wujudnya hanya 3 komponen ini maka layaklah digelar CCTV. Apa komponennya ? komponen tersebut ialah

1.Unit Kamera
2.Unit Paparan
3.Unit Penyimpanan

Unit kamera digunakan untuk menangkap gambar video, kamera disini bukanlah bermaksud kamera yang diguna untuk ambil gambar orang kahwin atau kamera video, ianya adalah kamera khas yang digunakan untuk sistem CCTV. seperti gambar dibawah










Unit paparan digunakan untuk menayangkan video atau menayangkan video yang sudah di rakam. Unit paparan boleh terdiri daripada sebarang jenis televisyen atau komputer monitor
Contoh adalah seperti dibawah












Unit Penyimpanan atau "storage" untuk menyimpan data data video yang sudah dirakam. Contoh adalah seperti dibawah














Ok ini dulu untuk kali ini, kita sambung lagi bila saya berkelapangan nanti

Tuesday, August 2, 2011

Pengenalan kepada CCTV

Apa iyu C.C.T.V

CCTV adalah ringkasan kepada "Closed Circuit TeleVision" atau dalam bahasa melayunya
"KAMERA LITAR TERTUTUP"

"Closed" bermaksud signal video bersifat tertutup hanya untuk golongan atau individu tertentu sahaja.

"Circuit" bermaksud signal video yang diwayarkan atau di litarkan untuk golongan atau individu tertentu

"Television" Signal video yang dipaparkan kepada sebarang peranti paparan seperti TV,skrin komputer.

oleh itu dalam bahasa melayunya di tukarkan "television" kepada "kamera" kerana merujuk kepada fungsinya yang menggunakan kamera sebagai peranti input, berbeza dengan "television" yang merujuk kepada TV sebagai peranti output.

Walau bagaimanapun kedua-duanya adalah merujuk kepada perkara yang sama

pengenalan kepada blog ini

Tujuan blog ini di reka adalah dengan tujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada anda orang orang biasa dan bukan orang-orang teknikal cara cara untuk memasang CCTV anda sendiri.

Tahukah anda bahawa kos pemasangan CCTV biasanya adalah hampir sama dengan peralatan itu sendiri. Kenapa perlu kita mengupah orang lain sedangkan anda mampu melakukannya sendiri.

Apa yang anda perlukan ialah sedikit pengetahuan asas pendawaian elektrik dan asas video.

Silalah ikuti perkembangan blog ini dari mula dan saya yakin selepas ini anda boleh memasang CCTV anda sendiri