Saturday, September 27, 2014

Blog Personal saya

Adalah dimaklumkan, saya dah ada personal blog untuk berkongsi projek projek yang saya dah buat samada untuk komersial atau hanya sebagai hobi,

blog diy cctv ini akan kekal disini dan saya akan teruskan untuk update. Saya lama tak update blog CCTV ini sebab saya kurang sihat. Insyaallah akan di sambung semula.

blog personal saya beralamat di 

http://kongsiprojekilmu.blogspot.com

Terimakash

Wednesday, August 24, 2011

Cuti raya

Salam sejahtera semua,

untuk kali ini, saya hentikan dahulu tutorial pemasangan CCTV kita, sebab saya agak sibuk dengan persiapan untuk hari raya. Saya akan sambung semula lagi dua tiga hari. Entri saya yang berikutnya ialah

1.Pasang Hard disk
2.Sambung power kabel dan video kabel kepada DVR dan kamera
3.Hidupkan DVR anda buat kali pertama

Insyaallah akan disambung pada 27/8 nanti ye.

Sekian

Thursday, August 18, 2011

Asas "Network" (rangkaian) komputer dan kaitannya dengan CCTV

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

entri kali ini saya nak sentuh sikit bab network atau dalam bahasa melayunya "rangkaian". Perkataan itu sendiri sudah menerangkan maksudnya.

Network atau network komputer ialah satu praktis dimana sekurang kurangnya dua(2) atau lebih komputer disambungkan bersama dengan tujuan untukberkongsi data atau sumber. Berkongsi data contohnya ialah berkongsi fail,musik atau video. Berkongsi sumber bermaksud berkongsi printer, drive hard disk, atau CD rom drive. Bila berkongsi bermakna dua atau lebih komputer boleh menggunakan data atau sumber yang sama.

"Komputer" bermaksud bukan terhad kepada komputer yang kita guna untuk tujuan menaip microsoft word atau yang untuk main game "angry bird" atau "zuma" sahaja, dan tidak juga terhad kepada laptop atau notebook atau netbook, malah skopnya adalah lebh luas.

DVR adalah sebuah komputer tetapi komputer dengan fungsi khusus iaitu untuk digunakan dalam sistem CCTV. Modem streamyx kita adalah komputer dan fungsinya ialah untuk memberikan akses internet kepada kita.

Apa kaitannya antara "rangkain" ini dengan CCTV ? ada kaitannya. dan ianya adalah sangat berkait rapat. sebagai contoh anda nak tengok CCTV anda di rumah melalui komputer, maka disitulah elemen "network" akan mengambil tempat.

Nak tengok CCTV melalui internet, disitu jugalah elemen "network" akan disebut.

Kita akan sambung lagi selepas ini ye

Sediakan tools yang secukupnya




Salam sejahtera kepada semua pembaca,

Entri kali ini saya akan terangkan apa peralatan-peralatan atau tools yang anda perlukan, ringkas sahaja. Peralatan peralatan wajib adalah

1.Drill - Untuk menebuk lubang pada dinding siling anda. Kalau dinding kayu tidak perlu drill memadai dengan skru sahaja. Tak perlu drill yang mahal macam orang nak buat jambatan. cukup sekadar drill cap ayam yang dapat hadiah masa beli minyak syntium petronas tu. Saya pernah dapat drill tu, sampai sekarang masih elok
2.drill bit yang bersesuaian
3.Skru bunga atau lebih pendek
4.Skru drebar ("driver") bunga
5.Tukul kecil
6.Wall plug
7.Gergaji rantai - oppsss.. sori.. anda tak perlukan gergaji rantai atau "chain saw"

Peralatan optional
7.Wire casing
8.Paku simen atau paku dinding
9.Kelip wayar ("wire clip")

Lain lain
10.Air oren tropicana 2 botol besar - mesti dahaga masa buat kerja. jadi boleh minum :)

Kenapa ada peralatan optional ? kerana ianya bergantung bagaimana anda nak susun dan kemaskan wayar-wayar yang bersepah. Kalau nak nampak lebih kemas boleh gunakan wayar casing yang dipaku ke dinding dengan paku simen dan masukkan wayar tu dalam wayar casing. Kalau nak lebih ringkas boleh gunakan kelip wayar ("wire clip") tapi kurang cantik lah.

dibawah ni ada gambar-gambar berkaitan tools yang digunakan.

Drill,skru,skru drebar,tukul,wire casing dan paku semen, semua peralatan peralatan ini aalah sangat murah dan boleh dibeli di kedai kedai hardware berhampiran rumah anda. Selamat mencuba.



Saya akan sambung lagi posting bagaimana hendak sambungkan dua kabel (power dan video) dari kamera ke DVR anda


bajet ciput nak pasang satu kamera saja, boleh ke

Entri kali ini nak cerita sikit pasal bajet, saya tahu, nak pasang sistem CCTV di rumah bukanlah macam nak beli tilam atau nak beli beras. Boleh beli bila bila masa. kadang kadang kita kena fikir juga pasal bajet betul tak ?

Ok lah, apa kata kita buat bajet untuk beli yang wajib wajib je, Kita nak pasang sebiji kamera saja , boleh ke ?

jawapannya boleh..anda boleh pasang hanya satu kamera sahaja, dan sepatutnya memang kita hanya perlu beli mengikut keperluan, sebagai contoh, rumah kita hanya perlu satu unit kamera sahaja, kenapa kita perlu beli lebih dari 1 betul tak,

Cuma anda perlu beli DVR dengan 4 channel, tidak ada DVR yang dijual dengan satu channel :). Kos sudah tentu murah kan ?

Anda boleh rujuk entri saya di http://www.pasangcctvsendiri.com/2011/08/panduan-membeli-cctv-keperluan-dan-kos.html

kalau nak tau anggaran kos

nanti kita sambung lagi pengajian kita

Monday, August 15, 2011

Pantau CCTV melalui internet dan blackberry



Anda ada streamyx ? saya tahu tentu ramai dari anda yang ada akaun streamyx, tahukah anda dengan adanya streamyx, banyak perkara yang boleh kita buat selain dari untuk kegunaan akses internet sahaja.

Salah satu dari banyak kemudahan yang boleh anda gunaka ialah, anda boleh memantau CCTV yang anda pasang dari mana-mana tempat di dunia ini asalkan anda ada akses kepada internet. Selain dari itu, dengan kemudahan streamyx anda juga boleh gunakan telefon pintar anda yang menggunakan pemprosesan "symbian","windows mobile","iphone" atau "blackberry".

Sungguh mudah kan ? on the move sambil memantau cctv di rumah kita. Dalam blog ini, saya akan bagi contoh bagaimana cctv boleh dipantau melalui komputer saya di pejabat dan juga melalui blackberry saya.

Saya tak dapat nak tunjukkan cara guna kat iphone sebab saya tak ada iphone. Walau bagaimana pun caranya adalah sama.

Saya sertakan gambar-gambarnya, iaitu CCTV di rumah saya , saya pantau dari tempat kerja dan juga saya pantau CCTV di rumah saya melalui blackberry saya.

(1). Melalui komputer di mana mana jua asalkan ada internet



(2) melalui blackberry saya



Senang kan ?

Pasang DVR dan Kamera anda

Salam sejahtera kepada semua pembaca,

Ok mari kita sambung lagi tutorial kita tentang pemasangan cctv sendiri. Saya andaikan anda sudah ada 7 item yang saya senaraikan dalam entri saya sebelum ini iaitu

http://www.pasangcctvsendiri.com/search/label/Step%20by%20step .

kalau dah ada mari kita teruskan, mulakan dengan menentukan dimana anda hendak letakkan dvr anda dan dvr mestilah berada berdekatan dengan monitor VGA anda ye. Pastikan anda mempunyai punca elektrik yang mencukupi iaitu enam punca - 4 kamera 1 DVR dan satu VGA

selepas tu pasangkan kamera anda di tempat yang telah anda kenal pasti. Biasanya pasanglah cctv di tempat terbuka dan laluan keluar masuk seperti pintu, tingkap, exit di syiling atau bumbung, anda juga boleh pasang di ruang tamu, laluan antara ruang tamu dan dapur, tangga dan dapur.

Untuk luar rumah pula bolehlah dipasang di bahagian temmpat letak kereta atau bahagian belakang.

JANGAN !! pasang cctv di tempat tempat yang memerlukan privasi samada untuk anda atau keluarga anda , ini bermakna anda dilarang memasang di

1.Kamar tidur suami isteri
2.Kamar tidur anak anak anda
3.kamar tidur orang gaji anda

Ini adalah melanggar etika dan hak privasi. Anda juga dilarang sama sekali memasang CCTV di bilik mandi. Tak perlu saya terangkan kenapa . Anda tahu jawapanya.